Friday, December 25, 2009

Sahabat yang berguna? Bergunakah aku?




"Sue,selama hari ni Anna tahu Anna agak leka dan lalai dalam bab-bab agama ni. Boleh Sue tolong "jentik" Anna bila Anna leka dan lalai? Sebab azam Anna untuk tahun baru Hijrah kali ni adalah untuk menjadi Anna yang serba baru. Anna nak berubah...Anna nak pakai tudung kerana Allah,bukan kerana budaya.Anna nak solat berjemaah dengan hati yang ikhlas bukan kerana bulan ramadhan je, manalah tahu umur Anna tak panjang..."


Karekter Sue,dia menerima kurnia H iaitu Hidayah dari Allah. Allah telah membuka pintu hatinya untuk memakai tudung kerana Allah dan bukannya satu budaya.Nampaknya dia juga ingin sekali menunaikan solat secara berjemaah bukan sahaja di dalam bulan ramadhan tapi sehingga hayat di kandung badan.Sue;dia tercari-cari rakan yang berpangkat sahabat untuk mengawasi tindak-tanduknya.Maklumlah-Sue; dia sendiri faham akan sifatnya sebagai manusia biasa yang sering lupa dan alpa dengan tanggungjawab yang diberi. Setelah mencari-cari rakan yang berpangkat sahabat itu, Sue akhirnya berjumpa dengan Anna dan menyatakan isi hatinya.


Pernahkah kita menjadi seperti Anna? Teman yang berpangkat sahabat yang dipercayai sepenuhnya agar berfungsi sebagai cermin yang selalu memantulkan cahaya agar dapat dilihat sudut yang lainnya? Sahabat itu penting.Sahabat itu peneman dikala susah dan senang.Sukar untuk mencari sahabat berbanding mencari rakan. Rakan itu bersepah. Kita hanya perlu senyum dan apabila senyuman itu berbalas,kita sudahpun memiliki rakan. Jujur,saya sendiri masih lagi mencari-cari akan sahabat yang mampu saya miliki hingga ke akhir hayat. Sahabat yang saya perlukan adalah sahabat yang faham situasi dan keadaan saya dan memberikan senyuman tatkala saya memerlukannya. Namun, mencari sahabat itu sama sukarnya mencari calon suami yang taat pada agama dan yang menyayangi kita sepenuh hati.

Berbalik kepada Sue, dia adalah sahabat yang dipilih Anna untuk menjadi menjaga tingkah-lakunya disaat dia tidak sedar akan perlakuannya. Tapi adakah Sue mampu untuk menggalas tanggungjawab tersebut? Sue adalah karekter yang mencerminkan kita sebagai sahabat untuk menjadi cermin buat sahabat kita. Konsepnya adalah "pantulan dibalas pantulan" Tanggungjawab yang berat. Bukan mudah untuk membahasakan pantulan tersebut. Kata-kata harus disusun indah dan kemas supaya sahabat kita yang terlalai itu tidak tersentak dengan teguran kita.Inilah gunanya sahabat. Peranannya bukan sahaja teman kuliah,teman makan mahupun teman ke tandas.Sahabat itu mahal harganya bahkan tidak ternilai.

Jadi cuba kita check semula diri.Adakah kita adalah sahabat yang berguna?Jujurkah kita dalam bersahabat? Layakkah kita untuk mendapatkan title sahabat atau hanya sekadar rakan?Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat buat kita bersama.



*Buat sahabatku se-Malaysia..."Pendengar yang baik itu aku,kerana aku tidak akan berkata-kata disaat kamu berbicara. Tapi aku akan tersenyum mendengar rintihan mahupun luahan kata-katamu supaya dengan senyuman, aku harap dapat meringankan bebanmu".


NorashiqinAli
AnakJohor.

No comments:

Search This Blog