Nama yang agak saya takuti kerana dia adalah mentor saya. Mengajar subjek yang bukan menjadi kegemaran saya. Beradanya dia disisi memerhati jalan kerja matematik saya membuatkan saya kecut perut. Itulah dia,pemilik jasad bernama Cikgu Pudziah. Lama tidak melihat wajahnya. Rasa rindu terkumpul di hati. Ingin sekali menelefon, tapi takut mengganggu waktu rehatnya. Saya merindukan usrah darinya dan saya merindukan nasihat darinya. Ingat lagi pada tahun saya mengambil PMR. Datang seorang lelaki,seorang sepupu kepada rakan saya. Menyatakan isi hatinya.Celaru memikirkan hal tersebut seharian.Kemudian,datanglah saya kepada majlis usrah seperti selalunya. Entah bagaimana,kebetulan itu memang terjadi.Duduk bersebelahan Cikgu Pudziah dan topiknya sangat membantu situasi saya ketika itu.Masih ingat lagi saya akan kata-katanya yang membuat saya berfikir dan berfikir.Sehingga sekarang saya tetap suka berfikir sebelum melakukan apa-apa. Tabiat yang liat ^_^ . Dia kata "Laki-laki yang baik itu untuk perempuan yang baik-baik dan sebaliknya". Sampai sekarang saya masih ingat pesanan dari nasihatnya itu.Saya sangat bersyukur dengan apa yang disampaikannya kepada saya. Ia membuat saya berfikir dan berfikir untuk menjalani hidup ini seteguh prinsip yang saya inginkan. Prinsipnya mudah. Saya hanya inginkan suami yang mampu menjadi imam dalam keluarga,membimbing hingga ke syurga dan bukannya kekasih hati yang nantinya terpisah dipersimpangan jalan yang mati.
Semoga Allah memberkati umurmu wahai guruku.Semoga Allah tetapkan imanmu hingga ke akhir hayatmu. Walau kita berjauhan,doaku sentiasa menemanimu.Walau kau bakal melupakanku namun ingatanku pasti tetap utuh buatmu. Semoga amalmu diterima Allah. Doakan aku menjadi pendidik yang mendidik dan doakan aku berjaya melaksanakan amanah arwah ayah.
NorashiqinAli
AnakJohor.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
3 days ago
2 comments:
hu...aku ni cam jahat jerh...rasenye la...hu...x nak la dapat laki2 kejam n jahat n sgale2 negatif!!!hu...kene brubah ni ika!!!!wakakakaka...
jom sertai ayam dan itik!!
Post a Comment