Teringat semasa saya dan rakan-rakan yang lain berada dalam teksi menuju ke Bukit Air. Destinasi penenang fikiran setelah memerah otak dengan assignment ialah Air Terjun Bukit Air.Perasaan aman dan tenteram timbul bila tiba disana. Air yang dingin seakan-akan masuk ke tulang sum-sum dan mencengkamnya.Memang saat yang menyeronokkan untuk berada di situ dan mungkin ia adalah satu event tahunan bagi tahun-tahun yang mendatang. Melihat akan foto teletubbies, saya teringat dengan sawah padi di sepanjang perjalanan kami. Saya kata "Kan
best kalau pakai kostume teletubbies lepas tu berlari-lari ke tengah sawah padi. Mesti seronok. Paling tidak pun, pergi menziarah bakal mak mertua dengan kostume tu kat sawah padi tepi rumah dia." Reaksi spontan yang saya terima yang pasti adalah gelak tawa di dalam teksi.
Sebenarnya tak jadi kiranya saya nak memakai kostume tersebut untuk menemui bakal mak mertua. Takut-takut pengsan pula jadinya. Maklumlah,anaknya bawa pulang teletubbies sebagai bakal menantu dan bukannya gadis manis,bertudung menutup aurat yang dijadikan kriteria selama ini...
*Siapalah gerangan bakal mak mertua saya agaknya?Semoga dia memiliki anak lelaki yang mentaatinya dan agama dengan sepenuh hati serta bijak dalam menggunakan akalnya.
NorashiqinAli
AnakJohor.
No comments:
Post a Comment