Monday, December 28, 2009

Edcoustic

Saya menemukan sesuatu yang agak menarik lirik serta melodinya...















NorashiqinAli
AnakJohor.

Cikgu Pudziah.

Nama yang agak saya takuti kerana dia adalah mentor saya. Mengajar subjek yang bukan menjadi kegemaran saya. Beradanya dia disisi memerhati jalan kerja matematik saya membuatkan saya kecut perut. Itulah dia,pemilik jasad bernama Cikgu Pudziah. Lama tidak melihat wajahnya. Rasa rindu terkumpul di hati. Ingin sekali menelefon, tapi takut mengganggu waktu rehatnya. Saya merindukan usrah darinya dan saya merindukan nasihat darinya. Ingat lagi pada tahun saya mengambil PMR. Datang seorang lelaki,seorang sepupu kepada rakan saya. Menyatakan isi hatinya.Celaru memikirkan hal tersebut seharian.Kemudian,datanglah saya kepada majlis usrah seperti selalunya. Entah bagaimana,kebetulan itu memang terjadi.Duduk bersebelahan Cikgu Pudziah dan topiknya sangat membantu situasi saya ketika itu.Masih ingat lagi saya akan kata-katanya yang membuat saya berfikir dan berfikir.Sehingga sekarang saya tetap suka berfikir sebelum melakukan apa-apa. Tabiat yang liat ^_^ . Dia kata "Laki-laki yang baik itu untuk perempuan yang baik-baik dan sebaliknya". Sampai sekarang saya masih ingat pesanan dari nasihatnya itu.Saya sangat bersyukur dengan apa yang disampaikannya kepada saya. Ia membuat saya berfikir dan berfikir untuk menjalani hidup ini seteguh prinsip yang saya inginkan. Prinsipnya mudah. Saya hanya inginkan suami yang mampu menjadi imam dalam keluarga,membimbing hingga ke syurga dan bukannya kekasih hati yang nantinya terpisah dipersimpangan jalan yang mati.

Semoga Allah memberkati umurmu wahai guruku.Semoga Allah tetapkan imanmu hingga ke akhir hayatmu. Walau kita berjauhan,doaku sentiasa menemanimu.Walau kau bakal melupakanku namun ingatanku pasti tetap utuh buatmu. Semoga amalmu diterima Allah. Doakan aku menjadi pendidik yang mendidik dan doakan aku berjaya melaksanakan amanah arwah ayah.



NorashiqinAli
AnakJohor.

Sunday, December 27, 2009

SMS Mama.


from:Mama
21:12:2009
07:38 AM

"SELAMAT HARI JADI KAK LONG.Semoga panjang umur murah rezeki.Dapat jodoh yang baik-baik. Mama sentiasa doakan kesihatan dan kejayaan k.long dan adik-adik.InsyaAllah suatu hari nanti kita akan hidup senang.Jangan lupa sentiasa ingatkan Allah dan bersyukur. I LOVE YOU..."


Jujur,sekali lalu membaca sms dari mama membuatkan saya tertawa sendirian. Mata saya fokus kepada ayat 'dapat jodoh yang baik-baik'. Otak memberikan ulasan yang tersendiri, kata otak "Mama kamu itu mungkin lupa mengenai umur sebenar kamu..." tapi lain pula kata hati, kata hati "Mama kamu itu mendoakan kamu semoga bertemu dengan lelaki yang mampu menjadi imam buatmu...insyaAllah dia juga sedang berdoa untuk menemukan kamu..". Selang beberapa saat,mata saya pula memberi ulasan tanpa kata-kata kerana yang hadir dari bicaranya hanyalah mata yang bergenang dengan air mata. Tidak tahu mengapa mata menimbulkan reaksi sedemikian.Mungkin juga mata hanya bersetuju dengan hati.


Atas dasar ingin meneliti semula sms yang paling bermakna buat saya pada hari tersebut, saya membacanya semula buat kali yang kedua.Mata saya fokus pada ayat penting yang selalu mama ucapkan. "InsyaAllah,suatu hari nanti kita akan hidup senang" , ucapan ini sering menjadi peneman kami pulang dari mengambil mama dari tempat kerjanya.Maklumlah, cuti yang panjang harus saya isi dengan berbakti kepada mama tersayang.Lagi pula, itu saja yang saya mampu untuk setakat ini.Setakat memusingkan stereng dan menekan pedal minyak,ia bukanlah sesuatu yang sukar selagi mana saya masih lagi mempunyai kaki dan tangan.Jujur,setiap kali ada kesempatan,ayat itu jugalah saya ucapkan kepada mama dengan niat supaya dia tidak akan berasa risau tentang masa depan kami.


*Mama,hanya dia yang tinggal.Seorang pendokong setiap jiwa adik-beradik yang berempat. Ayah menunggu entah dimana,insyaAllah kita tetap akan bertemu dan mudah-mudahan ditempat yang paling baik yang telah dijanjikan Allah.


NorashiqinAli
AnakJohor

Personality type.

INTJ - The "Strategist"
Jungian Personality Types (Free Test)

INTJs are introspective, analytical, determined persons with natural leadership ability. Being reserved, they prefer to stay in the background while leading. Strategic, knowledgable and adaptable, INTJs are talented in bringing ideas from conception to reality. They expect perfection from themselves as well as others and are comfortable with the leadership of another so long as they are competent. INTJs can also be described as decisive, open-minded, self-confident, attentive, theoretical and pragmatic.

INTJ Representation

Details

Preferences
Introverted
iNtuition
Thinking
Judging

Temperament
NT (Intellectual)

INTJ Population
Total: 1.5%
Male: 2.5%
Female: 0.5%

Primary Function
Introverted Intuition

Secondary Function
Extraverted Thinking

Tertiary Function
Introverted Feeling

Least Function
Extraverted Sensing


About the INTJ
Expert Quotes & Links

"...approach reality as they would a giant chess board, always seeking strategies that have a high payoff, and always devising contingency plans in case of error or adversity."
- The Portrait of the Mastermind Rational (iNTj) (Keirsey)

"...observer, values solitude, perfectionist, detached, private... does not talk about feelings, hard to impress, analytical, likes esoteric things..."
- Jung Type Descriptions (INTJ) (similarminds.com)

"To outsiders, INTJs may appear to project an aura of "definiteness", of self-confidence. This self-confidence, sometimes mistaken for simple arrogance by the less decisive, is actually of a very specific rather than a general nature; its source lies in the specialized knowledge systems that most INTJs start building at an early age. When it comes to their own areas of expertise -- and INTJs can have several -- they will be able to tell you almost immediately whether or not they can help you, and if so, how."
- INTJ Profile (TypeLogic)
"At work, INTJs use their conceptual strengths to analyze situations and then develop models to understand and anticipate through relentlessly to reach their goals. They will continue on with their plans, even in the face of adversity and data that might suggest to other more practical types that their goals are no longer feasible. By nature, INTJs are independent individualists."
- INTJ - The Free-Thinker (Lifexplore)

"INTJs are natural leaders, although they usually choose to remain in the background until they see a real need to take over the lead. When they are in leadership roles, they are quite effective, because they are able to objectively see the reality of a situation, and are adaptable enough to change things which aren't working well. They are the supreme strategists - always scanning available ideas and concepts and weighing them against their current strategy, to plan for every conceivable contingency. "
- Portrait of an INTJ (The Personality Page)


* Berdasarkan kepada test ini,saya mencari-cari kareer yang sesuai dan hasilnya guru termasuk dalam senarai dan saya gembira dengan itu. ^_^

Friday, December 25, 2009

Kisah Teletubbies dan angan-angan




Teringat semasa saya dan rakan-rakan yang lain berada dalam teksi menuju ke Bukit Air. Destinasi penenang fikiran setelah memerah otak dengan assignment ialah Air Terjun Bukit Air.Perasaan aman dan tenteram timbul bila tiba disana. Air yang dingin seakan-akan masuk ke tulang sum-sum dan mencengkamnya.Memang saat yang menyeronokkan untuk berada di situ dan mungkin ia adalah satu event tahunan bagi tahun-tahun yang mendatang. Melihat akan foto teletubbies, saya teringat dengan sawah padi di sepanjang perjalanan kami. Saya kata "Kan best kalau pakai kostume teletubbies lepas tu berlari-lari ke tengah sawah padi. Mesti seronok. Paling tidak pun, pergi menziarah bakal mak mertua dengan kostume tu kat sawah padi tepi rumah dia." Reaksi spontan yang saya terima yang pasti adalah gelak tawa di dalam teksi.

Sebenarnya tak jadi kiranya saya nak memakai kostume tersebut untuk menemui bakal mak mertua. Takut-takut pengsan pula jadinya. Maklumlah,anaknya bawa pulang teletubbies sebagai bakal menantu dan bukannya gadis manis,bertudung menutup aurat yang dijadikan kriteria selama ini...


*Siapalah gerangan bakal mak mertua saya agaknya?Semoga dia memiliki anak lelaki yang mentaatinya dan agama dengan sepenuh hati serta bijak dalam menggunakan akalnya.



NorashiqinAli
AnakJohor.

Sahabat yang berguna? Bergunakah aku?




"Sue,selama hari ni Anna tahu Anna agak leka dan lalai dalam bab-bab agama ni. Boleh Sue tolong "jentik" Anna bila Anna leka dan lalai? Sebab azam Anna untuk tahun baru Hijrah kali ni adalah untuk menjadi Anna yang serba baru. Anna nak berubah...Anna nak pakai tudung kerana Allah,bukan kerana budaya.Anna nak solat berjemaah dengan hati yang ikhlas bukan kerana bulan ramadhan je, manalah tahu umur Anna tak panjang..."


Karekter Sue,dia menerima kurnia H iaitu Hidayah dari Allah. Allah telah membuka pintu hatinya untuk memakai tudung kerana Allah dan bukannya satu budaya.Nampaknya dia juga ingin sekali menunaikan solat secara berjemaah bukan sahaja di dalam bulan ramadhan tapi sehingga hayat di kandung badan.Sue;dia tercari-cari rakan yang berpangkat sahabat untuk mengawasi tindak-tanduknya.Maklumlah-Sue; dia sendiri faham akan sifatnya sebagai manusia biasa yang sering lupa dan alpa dengan tanggungjawab yang diberi. Setelah mencari-cari rakan yang berpangkat sahabat itu, Sue akhirnya berjumpa dengan Anna dan menyatakan isi hatinya.


Pernahkah kita menjadi seperti Anna? Teman yang berpangkat sahabat yang dipercayai sepenuhnya agar berfungsi sebagai cermin yang selalu memantulkan cahaya agar dapat dilihat sudut yang lainnya? Sahabat itu penting.Sahabat itu peneman dikala susah dan senang.Sukar untuk mencari sahabat berbanding mencari rakan. Rakan itu bersepah. Kita hanya perlu senyum dan apabila senyuman itu berbalas,kita sudahpun memiliki rakan. Jujur,saya sendiri masih lagi mencari-cari akan sahabat yang mampu saya miliki hingga ke akhir hayat. Sahabat yang saya perlukan adalah sahabat yang faham situasi dan keadaan saya dan memberikan senyuman tatkala saya memerlukannya. Namun, mencari sahabat itu sama sukarnya mencari calon suami yang taat pada agama dan yang menyayangi kita sepenuh hati.

Berbalik kepada Sue, dia adalah sahabat yang dipilih Anna untuk menjadi menjaga tingkah-lakunya disaat dia tidak sedar akan perlakuannya. Tapi adakah Sue mampu untuk menggalas tanggungjawab tersebut? Sue adalah karekter yang mencerminkan kita sebagai sahabat untuk menjadi cermin buat sahabat kita. Konsepnya adalah "pantulan dibalas pantulan" Tanggungjawab yang berat. Bukan mudah untuk membahasakan pantulan tersebut. Kata-kata harus disusun indah dan kemas supaya sahabat kita yang terlalai itu tidak tersentak dengan teguran kita.Inilah gunanya sahabat. Peranannya bukan sahaja teman kuliah,teman makan mahupun teman ke tandas.Sahabat itu mahal harganya bahkan tidak ternilai.

Jadi cuba kita check semula diri.Adakah kita adalah sahabat yang berguna?Jujurkah kita dalam bersahabat? Layakkah kita untuk mendapatkan title sahabat atau hanya sekadar rakan?Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat buat kita bersama.



*Buat sahabatku se-Malaysia..."Pendengar yang baik itu aku,kerana aku tidak akan berkata-kata disaat kamu berbicara. Tapi aku akan tersenyum mendengar rintihan mahupun luahan kata-katamu supaya dengan senyuman, aku harap dapat meringankan bebanmu".


NorashiqinAli
AnakJohor.

Keputusan PMR 2009 keluar hari ini.

Sewaktu makan malam bersama-sama keluarga tadi,sempat juga saya menonton pelbagai reaksi para pelajar di televisyen. Ada yang menangis dan ada pula yang tidak bereaksi ekstrem(macam mana agaknya nak beriaksi ekstrem di kaca TV?). Walau apapun keputusan yang adik-adik dapat,jadikan ia satu kenangan kerana semua itu adalah potret yang harus disimpan rapi.

Sekarang bagi adik-adik yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang, haruslah berfikiran rasional dalam memilih jurusan adik-adik. Kena ingat, walau adik-adik dapat 8A sekalipun, ia tidak menjamin yang adik-adik mampu dan betul-betul berkualiti untuk ke jurusan sains tulin dan tak bermakna pula yang adik-adik tak boleh berjaya dalam hidup jikalau memilih jurusan katering atau hospitaliti misalannya. Buangkan konsep populariti dalam jurusan yang adik-adik pilih. Buat percaturan yang baik untuk adik dengan mengambil kira pandangan ibubapa,kaunselor,akak-akak mahupun abang-abang senior dan jangan lupa pula mengambil kira minat adik-adik.

Bagi adik-adik yang mendapat keputusan yang agak kurang memberangsangkan pula,akak sarankan adik-adik bermuhasabah diri. Check balik apa yang kurangnya dengan stail pembelajaran adik-adik.Ingatlah bahawa sekaranglah masanya untuk mengubah segalanya. Jadikan form4 untuk permulaan kepada satu kebangkitan dari satu kejatuhan. Jangan pula masih diulit mimpi indah tatkala di form4.Giatkan usaha dan teruskan berlari mengejar ilmu.Biar dulu kita jatuh,biar hari ini kita tersungkur tapi ingatlah hari esok masih ada untuk orang yang tetap sabar dan bangun tanpa lelah.

INGAT!

"Hari esok masih ada untuk orang yang tetap sabar dan bangun tanpa lelah".


NorashiqinAli
AnakJohor

Search This Blog